SMKA Batu Rakit kini dikenali sebagai Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Batu Rakit (BRainS). Program tersebut merangkumi majlis Hari Ucapan dan Penyampaian, Pelancaran Tabung Pendidikan dan Kebajikan serta Khemah Ibadah anjuran bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKABR, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Yayasan Islam Terengganu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Unit Perpaduan Ummah Terengganu.
Majlis perayaan yang berlangsung selama 2 hari itu dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu ketika itu, YAB Dato' Seri Amar Diraja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad pada hari Jumaat 27 September 1996 bersamaan 14 Jamadilawal 1417H bertempat di perkarangan sekolah berkenaan.